Ahad, 24 Januari 2010

Saje, penyedap mata jer...

Suasa Game bil : 2/2010..

Beginilah sedikit sebanyak paparan yang dpt diambil semasa game di ampang waterfront foodcourt, KL... Jutaan terima kasih GPSK dan Serama Corp. ucapkan kepada peminat tak kira dari mana anda datang yang sudi memeriahkan suasana pertandingan dan juga meramaikan penyertaan...





Rabu, 20 Januari 2010

Makluman... daripada Seramadeampang (SA)

Wednesday, January 20, 2010
Penundaan Tarikh Kursus Pengadilan,Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua,kursus seperti yang telah dinyatakan akan ditunda kepada 27 & 28 Feb 2010 .
Penundaan ini terpaksa dilakukan setelah mendengar maklum balas daripada semua peminat serama yang ingin menyertai kursus terbabit.
Sebab penundaan:
1. Pada 6 Feb 2010 dikhabarkan ada pertandingan besar di Utara tanah air(Sg Petani,Kedah).
2. Pada 13 Feb 2010 juga dikhabarkan ada pertandingan di Kelantan.

Oleh itu bagi memberi sokongan keatas pertandingan yang bakal diadakan penundaan kursus ini terpaksa dilakukan.Tarikh tutup penyertaan kursus juga dilanjutkan kepada 29 Jan 2010.sebelum 12 tghari.

sekian,dimaklumkan.

SeramDeAmpang...

Isnin, 18 Januari 2010

Pertandingan Mingguan bil : 02/2010

Salam kepada semua peminat Serama... Pada mulanya pertandingan bil : 02/2010 (30/1/2010) ini telah ditangguhkan kerana memberi laluan kepada game di TRG.. Namun begitu, semangat juang dan bagi menjayakan rancangan asal GPSK dan Serama Corporation telah bergabung untuk merealitikan pertandingan ini... dan tarikh telah diawalkan iaitu pada 24 Januari 2010 (hari minggu tau...) bertempat di FoodCourt WaterFront Ampang... Sedikit penambahbaikan telah dibuat antaranya tempat yang selesa dengan kemudahan asas yang tersedia, hari minggu (permintaan peminat..) dan pengadil... Mai Cek Mai kita bawak peluru masing2... Semua dijemput hadir tak kira dimana anda berada... Demi Serama..... Maklumat lanjut sila berhubung dengan krew dan layari blog seramadeampang,seramaadham dan seramadesemenyih...

Khamis, 14 Januari 2010

BERMINAT JADI PENGADIL..

kursus pengadil

GPSK Sekali lagi maju kehadapan dengan mengadakan kursus pengadil. Kami menjemput sesiapa yang ingin menghadiri kursus ini memberi nama kepada urusetia di bawah dan mengikut syarat dan terma seperti berikut :

Penganjur : SeramaDeAmpang dan GPSK

Tarikh: 6 - 7 Februari 2010 (sabtu & Ahad)

Tempat : Hotel Seri Malaysia ,Port Dickson,N9

Fasilitator : Pengadil Dari Kelantan. Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Bayaran : Peserta Kursus shj RM80.00.

Bayaran Kursus meliputi :

1. Bilik penginapan(3 orang 1 bilik)

2. Makan & Minum 6 Kali - sarapan pagi, minum ringan pagi,makan tengahari, minum petang, makan malam, minum ringan malam.

3. Ujian & Pensijilan (bergantung kepada Fasilitator yang dijemput).Untuk itu SA ingin buka penyertaan kepada semua peminat-peminat ayam serama seluruh Malaysia bagi menghadiri kursus pengadilan,kecantik an & kesenian ayam serama bagi tahun 2010 yang akan diadakan seperti yang telah dinyatakan.Sebarang pertanyaan dan penyertaan bolehlah menghubungi SA

hairy ( 013-3949704)
Rahman Melaka (012-3874898)
Wan Semenyih (012-9048264)
Adham seri gading (012-3434979)
Azahari puchong (019-2677862)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Jan 2010 sebelum 12 tghari.

Selasa, 12 Januari 2010

Pembatalan Pertandingan Mingguan Bil : 02/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.. Dukacita dikabarkan bahawa GPSK terpaksa membatalkan sementara Pertandingan Bil : 02/2010 yang akan diadakan pada tarikh 30/01/2010 bagi memberi laluan kepada pertandingan yang akan berlangsung pada tarikh dan waktu yang sama... Bukan bermakna GPSK akan membatalkan terus pertandingan tersebut tetapi akan ditunda ke tarikh yang bersesuaian dan akan dimaklumkan kemudian.... Kesulitan amatlah dikesalkan... Ribuan terima kasih GPSK kepada peminat dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi...

Sekian,

Pengelola Blog GPSK :
AiePuchong

Ahad, 10 Januari 2010

Pertandingan Mingguan di Keramat, K.L

Assalamualaikum kepada semua peminat ayam serama. Di sini kelab GPSK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertandingan kecantikan ayam serama mingguan yang sulung (bil : 1/2010)bertempat di Keramat Kuala Lumpur.. Walaupun kelihatan banyak kelemahannya, pihak kami akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Segala teguran yang dinyatakan kami terima dengan hati yang terbuka... Sekiranya masa dan keadaan mengizinkan insyaallah kami akan mengadakan siri kedua pertandingan ini (bil : 2/2010) pada 30/01/2010 ditempat yang sama.. Sekiranya ada perubahan kami akan maklumkan kemudian.... Tahniah GPSK ucapkan kepada pemenang.. Sekian.