Khamis, 17 Jun 2010

POHON KEMAAFAN..

Assalamualaikum n salam 1 malaysia... Ribuan kemaafan dipinta kepada peminat dan pengunjung blog GPSK. Sebenarnya satu pertandingan sedang diaturkan tetapi belum dapat dihebahkan kerana banyak perkara yang masih belum diputuskan... Adalah diharapkan kepada anda semua supaya bersabar. Sabar itu mempunyai banyak hikmahnyer... Bila tiba masa dan ketikanya hebahan akan dibuat. sekian

Rabu, 19 Mei 2010

Pertandingan bil : 04/2010


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Dinyatakan penetapan dan butiran terperinci pertandingan kecantikan dan kesenian serama bil 04/2010 anjuran Kelab GPSK Dgn Kerjasama Persatuan Penjaja Kompleks Muhibah,Kg Pandan.

Adalah dengan ini kami berbesar hati menjemput semua peminat2 ayam serama di Kuala Lumpur,Selangor,N9,Johor,Kedah,Perlis,Penang khasnya dan seluruh Malaysia amnya ke Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Daerah Ampang/Pandan 2010 seperti dibawah:

Anjuran : GPSK Dgn Kerjasama Persatuan Penjaja Kompleks Muhibah,Kg Pandan.
Tarikh : 29 May 2010 (sabtu)
Tempat : Kompleks Muhibah Kg Pandan.
Masa : 0900hrs-selesai ( 0900hrs -pengadilan bermula)Tutup pendaftaran 01:30tghari.
Yuran : RM35.00

Pengadil : GPSK & Kelantan
Hadiah : 1 - RM200.00
2 - RM150.00
3 - RM100.00
saguhati (30% penyertaan)-Barangan elektrik.
Cabutan Bertuah:Hamper dan brg elekrtik dan lain-lain


* Jika penyertaan mencecah 250 ekor bonanza RM250.00 menanti anda.

Best Of The best - Plag ataupun Piala.
Sebarang masalah ataupun sesat nanti....he.hee
sila hubungi
Hairy 013-3949704
Adham 0123434979
Wan Semenyih 012-9048264
Mie arab 012-2796260
Abg Soib 019-2859869
Mat Yee 012-2783768
Azahari puchong 0192677862


SeramaDeAmpang....hairy KL

Selasa, 18 Mei 2010

Pertandingan Kecantikan & Kesenian Serama

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog GPSK. GPSK memohon ribuan maaf kerana telah sekian lama tidak membuat coretan di blog ini. Kepada peminat2 serama yang tertunggu-tunggu bilakah akan diadakan pertandingan kecantikan & kesenian serama di laman sendiri iaitu di Kuala Lumpur ini sepertimana pada rancangan asalnya pertandingan akan diadakan pada setiap bulan. Ini berikutan jadual terlalu ketat sejak akhir2 ini yang menandakan arena permainan serama ini telah berkembang maju... satu perkembangan yang membanggakan GPSK sehinggakan tidak ada ruang tarikh yang boleh GPSK selitkan. Namun begitu, atas permintaan dan tidak mahu menghampakan ramai peminat serama ini, GPSK telah memilih satu tarikh iaitu pada 29 Mei 2010 ini akan diadakan pertandingan bil : 04/2010. Butiran terperinci akan disiarkan selepas mesyuarat yang akan diadakan nanti... Sekian...

Khamis, 25 Mac 2010

Remaja Ke Muda


Cantik ke? Ni la ayam tok uban milik rakan GPSK...Moga ayam ni boleh ke depan.. hehehe

Ahad, 21 Mac 2010

Terima Kasih..

Assalamualaikum n salam sejahtera kepada semua peminat serama sekalian... Ribuan terima kasih kepada peserta yang menghadiri pertandingan bil : 3/2010 pada hari semalam. Walaupun penyertaan kurang memberangsangkan tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk menganjurkan lagi pertandingan mingguan ini pada masa akan datang.. Ini berkemungkinan tarikh pertandingan yang terlalu dekat menyebabkan peserta ingin manghadiri pertandingan besar dan menyembunyi peluru masing2... hehehehe.
Namun begitu jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada peminat yang sentiasa menyokong pertandingan yang kami anjurkan ini..
Wassalam...

Selasa, 16 Mac 2010

PERTANDINGAN BIL 03/2010

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMINAT AYAM SERAMA SEKALIAN... SUDAH SEKIAN LAMA PERTANDINGAN KECANTIKAN AYAM SERAMA (BON KECIK)ANJURAN BERSAMA KELAB GPSK DAN SERAMA CORPORATION TERTANGGUH KERANA PILIHAN TARIKH YANG DICADANGKAN BERTINDIH...

ATAS PERMINTAAN DAN DESAKAN PEMINAT, KITA TELAH PUTUSKAN UNTUK ADAKAN PERTANDINGAN BIL 03/2010 SEPERTI BERIKUT :-
TARIKH : 21 MARCH 2010 (AHAD)
TEMPAT : MEDAN SELERA WATERFRONT, AMPANG, KL
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
PENGADIL : PENGADIL PERKASA KELANTAN DAN PENGADIL PERKASA KUALA LUMPUR
YURAN PENDAFTARAN : RM 20.00/EKOR (UNTUK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN)
HADIAH : 30% DARIPADA PENYERTAAN
PILIHAN BEST OF THE BEST :
CABUTAN BERTUAH :
BONANZA :

DIJEMPUT SEMUA PEMINAT DISELURUH TANAH AIR MENYERTAI PERTANDINGAN INI... TERUTAMA BAGI MENGUJI KEMAMPUAN SERAMA JAGUH ANDA SEBELUM KE PERTANDINGAN DI TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR PADA 27 MARCH 2010 (SABTU)...

SEKIAN, SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI...

Isnin, 8 Mac 2010

Pengadil GPSK...


Khusus Pengadilan Ayam Serama yang telah dianjurkan oleh GPSK pada 27/2 dan 28/2 di Port Dickson baru-baru ini telah melahirkan beberapa orang pengadil yang baru... Dua orang Ahli GPSK telah diiktiraf dan dijemput untuk mengadili pertandingan di Kota Bharu yang telah dimaklumkan berjumlah 400 penyertaan.. Pengadil dari GPSK adalah saudara Mie Arab dan Wan Semenyih serta Faizah Lawi Emas..(Pengadil GPSK bersama mentor2nyer)