Khamis, 17 Jun 2010

POHON KEMAAFAN..

Assalamualaikum n salam 1 malaysia... Ribuan kemaafan dipinta kepada peminat dan pengunjung blog GPSK. Sebenarnya satu pertandingan sedang diaturkan tetapi belum dapat dihebahkan kerana banyak perkara yang masih belum diputuskan... Adalah diharapkan kepada anda semua supaya bersabar. Sabar itu mempunyai banyak hikmahnyer... Bila tiba masa dan ketikanya hebahan akan dibuat. sekian

Rabu, 19 Mei 2010

Pertandingan bil : 04/2010


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Dinyatakan penetapan dan butiran terperinci pertandingan kecantikan dan kesenian serama bil 04/2010 anjuran Kelab GPSK Dgn Kerjasama Persatuan Penjaja Kompleks Muhibah,Kg Pandan.

Adalah dengan ini kami berbesar hati menjemput semua peminat2 ayam serama di Kuala Lumpur,Selangor,N9,Johor,Kedah,Perlis,Penang khasnya dan seluruh Malaysia amnya ke Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Daerah Ampang/Pandan 2010 seperti dibawah:

Anjuran : GPSK Dgn Kerjasama Persatuan Penjaja Kompleks Muhibah,Kg Pandan.
Tarikh : 29 May 2010 (sabtu)
Tempat : Kompleks Muhibah Kg Pandan.
Masa : 0900hrs-selesai ( 0900hrs -pengadilan bermula)Tutup pendaftaran 01:30tghari.
Yuran : RM35.00

Pengadil : GPSK & Kelantan
Hadiah : 1 - RM200.00
2 - RM150.00
3 - RM100.00
saguhati (30% penyertaan)-Barangan elektrik.
Cabutan Bertuah:Hamper dan brg elekrtik dan lain-lain


* Jika penyertaan mencecah 250 ekor bonanza RM250.00 menanti anda.

Best Of The best - Plag ataupun Piala.
Sebarang masalah ataupun sesat nanti....he.hee
sila hubungi
Hairy 013-3949704
Adham 0123434979
Wan Semenyih 012-9048264
Mie arab 012-2796260
Abg Soib 019-2859869
Mat Yee 012-2783768
Azahari puchong 0192677862


SeramaDeAmpang....hairy KL

Selasa, 18 Mei 2010

Pertandingan Kecantikan & Kesenian Serama

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog GPSK. GPSK memohon ribuan maaf kerana telah sekian lama tidak membuat coretan di blog ini. Kepada peminat2 serama yang tertunggu-tunggu bilakah akan diadakan pertandingan kecantikan & kesenian serama di laman sendiri iaitu di Kuala Lumpur ini sepertimana pada rancangan asalnya pertandingan akan diadakan pada setiap bulan. Ini berikutan jadual terlalu ketat sejak akhir2 ini yang menandakan arena permainan serama ini telah berkembang maju... satu perkembangan yang membanggakan GPSK sehinggakan tidak ada ruang tarikh yang boleh GPSK selitkan. Namun begitu, atas permintaan dan tidak mahu menghampakan ramai peminat serama ini, GPSK telah memilih satu tarikh iaitu pada 29 Mei 2010 ini akan diadakan pertandingan bil : 04/2010. Butiran terperinci akan disiarkan selepas mesyuarat yang akan diadakan nanti... Sekian...

Khamis, 25 Mac 2010

Remaja Ke Muda


Cantik ke? Ni la ayam tok uban milik rakan GPSK...Moga ayam ni boleh ke depan.. hehehe

Ahad, 21 Mac 2010

Terima Kasih..

Assalamualaikum n salam sejahtera kepada semua peminat serama sekalian... Ribuan terima kasih kepada peserta yang menghadiri pertandingan bil : 3/2010 pada hari semalam. Walaupun penyertaan kurang memberangsangkan tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk menganjurkan lagi pertandingan mingguan ini pada masa akan datang.. Ini berkemungkinan tarikh pertandingan yang terlalu dekat menyebabkan peserta ingin manghadiri pertandingan besar dan menyembunyi peluru masing2... hehehehe.
Namun begitu jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada peminat yang sentiasa menyokong pertandingan yang kami anjurkan ini..
Wassalam...

Selasa, 16 Mac 2010

PERTANDINGAN BIL 03/2010

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMINAT AYAM SERAMA SEKALIAN... SUDAH SEKIAN LAMA PERTANDINGAN KECANTIKAN AYAM SERAMA (BON KECIK)ANJURAN BERSAMA KELAB GPSK DAN SERAMA CORPORATION TERTANGGUH KERANA PILIHAN TARIKH YANG DICADANGKAN BERTINDIH...

ATAS PERMINTAAN DAN DESAKAN PEMINAT, KITA TELAH PUTUSKAN UNTUK ADAKAN PERTANDINGAN BIL 03/2010 SEPERTI BERIKUT :-
TARIKH : 21 MARCH 2010 (AHAD)
TEMPAT : MEDAN SELERA WATERFRONT, AMPANG, KL
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
PENGADIL : PENGADIL PERKASA KELANTAN DAN PENGADIL PERKASA KUALA LUMPUR
YURAN PENDAFTARAN : RM 20.00/EKOR (UNTUK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN)
HADIAH : 30% DARIPADA PENYERTAAN
PILIHAN BEST OF THE BEST :
CABUTAN BERTUAH :
BONANZA :

DIJEMPUT SEMUA PEMINAT DISELURUH TANAH AIR MENYERTAI PERTANDINGAN INI... TERUTAMA BAGI MENGUJI KEMAMPUAN SERAMA JAGUH ANDA SEBELUM KE PERTANDINGAN DI TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR PADA 27 MARCH 2010 (SABTU)...

SEKIAN, SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI...

Isnin, 8 Mac 2010

Pengadil GPSK...


Khusus Pengadilan Ayam Serama yang telah dianjurkan oleh GPSK pada 27/2 dan 28/2 di Port Dickson baru-baru ini telah melahirkan beberapa orang pengadil yang baru... Dua orang Ahli GPSK telah diiktiraf dan dijemput untuk mengadili pertandingan di Kota Bharu yang telah dimaklumkan berjumlah 400 penyertaan.. Pengadil dari GPSK adalah saudara Mie Arab dan Wan Semenyih serta Faizah Lawi Emas..(Pengadil GPSK bersama mentor2nyer)

Khamis, 11 Februari 2010

Mau Tempah Reban...

Salam... Kepada peminat-peminat serama sekalian... Rakan kelab GPSK sedia menerima tempahan reban, kotak peluru berbagai sais daripada kayu dan juga besi mengikut selera & design daripada anda dan logik untuk dibina. he3... Tepon segera Mat Yie di talian 012-2783768
Tempat Proses Buat Reban..
Buat Struktur Besi Pong Buleh Aih..
Contoh Reban...

Selasa, 9 Februari 2010

Anak B


Anak B dari reban rakan GPSK (Wan Semenyih:012-9048264). Beliau cadang nak lego.. Kalu minat tepon lah dia...

Isnin, 8 Februari 2010

Pembatalan Game Bil : 3/2010

Salam... Pengurusan GPSK dan Serama Corp. memohon maaf kerana terpaksa membuat tundaan game mingguan bil : 3/2010 yang asalnya dirancang pada 14/2/2010.. Ini bukan bermakna game mingguan akan dibatalkan terus tetapi bagi memberi laluan pada game di Taman Orkid Kelantan... Penundaan tarikh, masa dan tempat akan diberitahu kelak.. sebarang kesulitan kepada peminat serama amatlah dikesalkan...

Selasa, 2 Februari 2010

Game bil : 3/2010

Pertandingan ayam serama anjuran GPSK dan Serama Corp. bil 03/2009 akan diadakan dilokasi yang sama iaitu di Water Front Ampang... Mana yang dah menyertai pada pertandingan lepas bil : 2/2010 diharapkan dapat mengwar-warkan kepada member2 bagi meramaikan serta memeriahkan pertandingan ini... Sekian terima kasih..

p/s : sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dlm blog ini...

Anak A

Baru belajar... Hentam jer lah..
video

Ahad, 24 Januari 2010

Saje, penyedap mata jer...

video

Suasa Game bil : 2/2010..

Beginilah sedikit sebanyak paparan yang dpt diambil semasa game di ampang waterfront foodcourt, KL... Jutaan terima kasih GPSK dan Serama Corp. ucapkan kepada peminat tak kira dari mana anda datang yang sudi memeriahkan suasana pertandingan dan juga meramaikan penyertaan...





Rabu, 20 Januari 2010

Makluman... daripada Seramadeampang (SA)

Wednesday, January 20, 2010
Penundaan Tarikh Kursus Pengadilan,Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua,kursus seperti yang telah dinyatakan akan ditunda kepada 27 & 28 Feb 2010 .
Penundaan ini terpaksa dilakukan setelah mendengar maklum balas daripada semua peminat serama yang ingin menyertai kursus terbabit.
Sebab penundaan:
1. Pada 6 Feb 2010 dikhabarkan ada pertandingan besar di Utara tanah air(Sg Petani,Kedah).
2. Pada 13 Feb 2010 juga dikhabarkan ada pertandingan di Kelantan.

Oleh itu bagi memberi sokongan keatas pertandingan yang bakal diadakan penundaan kursus ini terpaksa dilakukan.Tarikh tutup penyertaan kursus juga dilanjutkan kepada 29 Jan 2010.sebelum 12 tghari.

sekian,dimaklumkan.

SeramDeAmpang...

Isnin, 18 Januari 2010

Pertandingan Mingguan bil : 02/2010

Salam kepada semua peminat Serama... Pada mulanya pertandingan bil : 02/2010 (30/1/2010) ini telah ditangguhkan kerana memberi laluan kepada game di TRG.. Namun begitu, semangat juang dan bagi menjayakan rancangan asal GPSK dan Serama Corporation telah bergabung untuk merealitikan pertandingan ini... dan tarikh telah diawalkan iaitu pada 24 Januari 2010 (hari minggu tau...) bertempat di FoodCourt WaterFront Ampang... Sedikit penambahbaikan telah dibuat antaranya tempat yang selesa dengan kemudahan asas yang tersedia, hari minggu (permintaan peminat..) dan pengadil... Mai Cek Mai kita bawak peluru masing2... Semua dijemput hadir tak kira dimana anda berada... Demi Serama..... Maklumat lanjut sila berhubung dengan krew dan layari blog seramadeampang,seramaadham dan seramadesemenyih...

Khamis, 14 Januari 2010

BERMINAT JADI PENGADIL..

kursus pengadil

GPSK Sekali lagi maju kehadapan dengan mengadakan kursus pengadil. Kami menjemput sesiapa yang ingin menghadiri kursus ini memberi nama kepada urusetia di bawah dan mengikut syarat dan terma seperti berikut :

Penganjur : SeramaDeAmpang dan GPSK

Tarikh: 6 - 7 Februari 2010 (sabtu & Ahad)

Tempat : Hotel Seri Malaysia ,Port Dickson,N9

Fasilitator : Pengadil Dari Kelantan. Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Bayaran : Peserta Kursus shj RM80.00.

Bayaran Kursus meliputi :

1. Bilik penginapan(3 orang 1 bilik)

2. Makan & Minum 6 Kali - sarapan pagi, minum ringan pagi,makan tengahari, minum petang, makan malam, minum ringan malam.

3. Ujian & Pensijilan (bergantung kepada Fasilitator yang dijemput).Untuk itu SA ingin buka penyertaan kepada semua peminat-peminat ayam serama seluruh Malaysia bagi menghadiri kursus pengadilan,kecantik an & kesenian ayam serama bagi tahun 2010 yang akan diadakan seperti yang telah dinyatakan.Sebarang pertanyaan dan penyertaan bolehlah menghubungi SA

hairy ( 013-3949704)
Rahman Melaka (012-3874898)
Wan Semenyih (012-9048264)
Adham seri gading (012-3434979)
Azahari puchong (019-2677862)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Jan 2010 sebelum 12 tghari.

Selasa, 12 Januari 2010

Pembatalan Pertandingan Mingguan Bil : 02/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.. Dukacita dikabarkan bahawa GPSK terpaksa membatalkan sementara Pertandingan Bil : 02/2010 yang akan diadakan pada tarikh 30/01/2010 bagi memberi laluan kepada pertandingan yang akan berlangsung pada tarikh dan waktu yang sama... Bukan bermakna GPSK akan membatalkan terus pertandingan tersebut tetapi akan ditunda ke tarikh yang bersesuaian dan akan dimaklumkan kemudian.... Kesulitan amatlah dikesalkan... Ribuan terima kasih GPSK kepada peminat dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi...

Sekian,

Pengelola Blog GPSK :
AiePuchong

Ahad, 10 Januari 2010

Pertandingan Mingguan di Keramat, K.L

Assalamualaikum kepada semua peminat ayam serama. Di sini kelab GPSK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertandingan kecantikan ayam serama mingguan yang sulung (bil : 1/2010)bertempat di Keramat Kuala Lumpur.. Walaupun kelihatan banyak kelemahannya, pihak kami akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Segala teguran yang dinyatakan kami terima dengan hati yang terbuka... Sekiranya masa dan keadaan mengizinkan insyaallah kami akan mengadakan siri kedua pertandingan ini (bil : 2/2010) pada 30/01/2010 ditempat yang sama.. Sekiranya ada perubahan kami akan maklumkan kemudian.... Tahniah GPSK ucapkan kepada pemenang.. Sekian.