Selasa, 18 Mei 2010

Pertandingan Kecantikan & Kesenian Serama

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog GPSK. GPSK memohon ribuan maaf kerana telah sekian lama tidak membuat coretan di blog ini. Kepada peminat2 serama yang tertunggu-tunggu bilakah akan diadakan pertandingan kecantikan & kesenian serama di laman sendiri iaitu di Kuala Lumpur ini sepertimana pada rancangan asalnya pertandingan akan diadakan pada setiap bulan. Ini berikutan jadual terlalu ketat sejak akhir2 ini yang menandakan arena permainan serama ini telah berkembang maju... satu perkembangan yang membanggakan GPSK sehinggakan tidak ada ruang tarikh yang boleh GPSK selitkan. Namun begitu, atas permintaan dan tidak mahu menghampakan ramai peminat serama ini, GPSK telah memilih satu tarikh iaitu pada 29 Mei 2010 ini akan diadakan pertandingan bil : 04/2010. Butiran terperinci akan disiarkan selepas mesyuarat yang akan diadakan nanti... Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan