Khamis, 29 Oktober 2009

Salam Pengwujudan Blog GPSK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blok GPSK (Gabungan Peminat Serama Keramat)... Pertama sekali saya selaku penulis di blok ini meminta maaf sekiranya terdapatnya kesilapan, keraguan dan ketidakpuashatian kepada peminat serama selama blog ini ditulis. GPSK ini adalah sebuah kelab peminat serama yang boleh dikategorikan otai kerana ianya telah wujud semasa musim serama meletup satu ketika dahulu lagi. Ianya diblogkan supaya laman pemaparan keindahan serama ciptaan Allah swt ini dan juga kesenian serama itu sendiri bertambah rancak lagi.. Blog GPSK akan memaparkan gambar2/video serama untuk tatapan peminat dan akan menceritakan petua-petua berguna untuk serama... Ianya juga akan memaparkan gambo/video serama yang hendak di lego oleh member2 GPSK.. GPSK juga amat mengalu-alukan sebarang pandangan (membina dan berguna shj..) dan komen yang boleh diketengahkan dalam permainan serama ini... Sekian, wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan